SELAMAT DATANG

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM,
SUNGAI PETANI, KEDAH.

Friday, 23 September 2011

ISL MINGGU 13:PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Rasional
1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
3. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
4. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya
5. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

Prinsip-prinsip
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

* Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
* Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
* Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
* Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
* Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Ciri – ciri

* Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah.
* Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
* PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
1. Kerja kursus / PEKA
• Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
• LPM membekalkan dokumen pentaksiran
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
• Markah dihantar kepada LPM
• Sekolah mengeluarkan sijil
2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.


Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah
Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :

1. Daya kreatif, contoh; mereka cipta, melukis.
2. Kemahiran proses sains, contoh; memerhati, membuat inferens.
3. Perlakuan dan amalan nilai, contoh; membantu, berdikari.
4. Sikap, contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
5. Kesihatan dan kecergasan, contoh; sihat, cergas dan aktif.
6. Kemahiran kinestetik, contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
7. Bakat dan minat, contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang

ISL MINGGU 11: PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi
 Penilaian - kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.
 Penilaian- satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI ASAS
ii. INDIKATOR
iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
 Kegiatan Awal
 Kegiatan Inti
 Kegiatan Akhir
iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
v. PENILAIAN

Huraian…
i.KOMPETENSI ASAS
 1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR
• Menyatakan contoh hidup rukun di rumah atau di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup
iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi
A. KEGIATAN Inti
1. Menyapa teman sebaya dengan sopan
2. Membuat kalimat sapaan(lisan)
3. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
4. Membuat kalimat Tanya dengan betul
C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio

iv. METODE, SUMBER, MEDIA
a) METODE
1. Soal Jawab
2. permainan bahasa
b) SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I(berdasarkan tema)
c) MEDIA
1. Kad bilangan 2. Kad abjad 3. Kad kata

vi. PENILAIAN
Lisan
Bertulis
Perbuatan
Portfolio


CIRI-CIRI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
1) KAEDAH JIGSAW
2) KRITIKAN TERBUKA
3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

Huraian…

KAEDAH JIGSAW
Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).

Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif .
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

KRITIKAN TERBUKA

membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
• Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
• Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
• Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara:
1)Intonasi dan kejelasan suara,
2)Keyakinan diri di khalayak ramai,
3)Kelancaran bahasa,
4) Penampilan,
5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima.

 Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
 Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah.
 Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.

Penilaian Rakan Kumpulan (PRK)
Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

ISL MINGGU 9: PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Penilaian Kemahiran Lisan 
 Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

 Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap

Penilaian Kemahiran Menulis
 Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

 Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

ISL MINGGU 1 : KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN


Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini,kita tidak lari daripada membuat keputusan. dalam membuat keputusan, samada sukar atau mudah, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. dalam konteks ini penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan sistematik, maka keputusan yagn diperoleh menjadi tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah bebar-benar besesuaian.


PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Pentaksiran juga adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
Tujuan Pentaksiran
  1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
  2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
  3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
  4. . Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
  6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.



Pengertian Penilaian


Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.


Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai.


Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian

Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.

Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian guru terhadap keberkesanan pengajarannya.

Pengertian Pengukuran

Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana pensyarah berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian. Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.

Penguruan membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai "suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain, pengukuran adalah proses menentukan sejauh mana seseorang individu miliki ciri-ciri tertenru.

Pengukuran boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang boleh di ukur melalui pemerhatian sementara pengetahuan dan sikap boleh diukur melalui temubual.

Pengertian Pengujian


Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan ser soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yagn sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar.


Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

kesimpulannya, pengesanan hasil pembelajaran dan pembelajaran boleh dibuat melaui penguian pengukuran dengan tepat yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. justeru kecekapan guru terhadap kurikulum diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di universiti. Penilaian di bilik kuliah dan makmal boleh membantu para pensyarah menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.

Diagnosis

Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan,guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan sejauhmana pembelajaran berlaku. Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada. Sekiranya tidak berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan yang berlaku supaya strategi dan gaya pembelajaran pelajar boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

Pengredan

Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.

Dengan adanya maklumat gred, Guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di universiti.

Pemilihan dan Penempatan

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajarnya mengusai pengatahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai,seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini pentign untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru perlu memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesautu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.

Kaunseling dan Bimbingan

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu guru untuk memberi khidmat bimbingan.

Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat meninkatkan motivasi pelajar untuk belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik mereka. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi mereka. Sebaliknya pelajar yang lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

ISL MINGGU 14:PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Rasional
1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
3. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
4. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya
5. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

Prinsip-prinsip
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

* Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
* Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
* Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
* Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
* Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Ciri – ciri

* Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah.
* Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
* PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
1. Kerja kursus / PEKA
• Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
• LPM membekalkan dokumen pentaksiran
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
• Markah dihantar kepada LPM
• Sekolah mengeluarkan sijil
2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.


Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah
Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :

1. Daya kreatif, contoh; mereka cipta, melukis.
2. Kemahiran proses sains, contoh; memerhati, membuat inferens.
3. Perlakuan dan amalan nilai, contoh; membantu, berdikari.
4. Sikap, contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
5. Kesihatan dan kecergasan, contoh; sihat, cergas dan aktif.
6. Kemahiran kinestetik, contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
7. Bakat dan minat, contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang

ISL MINGGU 12:PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK


DEFINISI BROSUR :
Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Penilaian bahasa berasaskan projek : “Power Point” ,risalah dan web

POWER POINT
• Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.
• Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara
professional.
• Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan
menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan
ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background
format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘dan ciri-ciri pengawalan masa.
• Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang untuk
menjadi pengendali persembahan yang professional.

Matlamat dan Objektif
• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat
mampat dan memperbanyakkan bahan p&p berasaskan ICT.
• Merangsang para pelajar dan guru mencipta bahan P&P berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa

• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan pembelajaran kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.

Melalui pembentangan isi
-Topik yang disampaikan
-Idea
-Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai
-dengan audiens
-Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan

Cara penyampaian kepada audiens
-Berkeyakinan
-Tidak membaca paparan sepenuhnya
-Memahami topik yang dibincangkan
-Dapat memahami kemahuan audiens
-Sesuai dengan golongan sasar
-Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif
-Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat)

Risalah
 Persembahan yang menarik
 Pemilihan isi yang menarik
 Topik yang menarik
 Penggunaan laras bahasa yang sesuai
 Ringkas dan padat
 Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)
 Menarik perhatian
 Rekaan yang sesuai
 Mengetahui golongan sasar yang difokus.

Halaman sesawang : web
 Persembahan rekaan
 Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
 Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
 Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan
sensitif
 Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
 Penggunaan laras bahasa yang sesuai
 Mempunyai maklumat tambahan
 Mempunyai jaringan yang luas

ISL MINGGU 15:PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi penilaian pengalaman pembelajaran
 Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
 Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.


PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN

TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI DASAR
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR
1. PKN
• Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
• Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain)
• Memberi contoh hidup rukun di rumah
• Membeni contoh hidup rukun di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN
A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari”
B. KEGIATAN Inti
1. Menceritakan hidup rukun di rumah
2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
4. Memberi contoh hidup rukun di rumab
5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah
6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
7. Menyebutkan manfaat hidup rukun
8. Menyapa teman sebaya dengan benar
9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain
10. Membuat kalimat sapaan secara lisan
11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
12. Membuat kalimat Tanya dengan benar
13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 1-50
14. Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50
15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50
16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 2 1-50
17. Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”
18. Membeni contoh kegiatan yang lama atau sebentar
19. Membedakan, waktu lama atau sebentar
~20. Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau larna
21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu
22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun
23. Membedakan bentuk suatu benda
24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya
25. Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui penlakuan yang berbeda
26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
28. Menceritakan dan menulis penistiwa menyenangkan yang pernah dialami
29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami
30. Menceritakan kembali hal-hal yang pemah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
31. Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadwal pelajaran masing¬ masing sekoIah)

C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
2. Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN

a. METODE
1. Ceramah 4. Tanya Jawab
2. Demonstrasi 5. Tugas
3. Game
b. SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I
(Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS)
2. Pengembangan Guru
c. MEDIA
1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf
3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan

v. PENILAIAN
1. Lisan 2. Tertulis
3. Perbuatan 4. Portofolio

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

a. KAEDAH JIGSAW

- Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
- Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

b. KRITIKAN TERBUKA

- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
- Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.
- Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

ISL MINGGU 10: PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

1. Forum
  • Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
  • Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
  • Pelaksanaan : pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  • Dalam sesi forurm, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan lanjut.

2. Debat
  • Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
  • Ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
  • Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
  • Setiap pihak haruslahr yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
  • Sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi.
  • Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
  • Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. 
  • Markah tidak diberikan untuk lebihan masa.
3. Pidato
  • Ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta2 atau prinsip2 berdasarkan tajuk yang diberikan.
  • Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah2nya di depan penonton.
  • Berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea2 untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
  • Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
  • Pidato dimulakan dengan kata2 aluan kemudian perkenalkan tajuk.
  • Ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
  • Keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
  • Ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.

4. Syarahan
  • Aktiviti jenis ini berformat khusus iaitu kata2 aluan /pendahuluan, kata2 penghadapan, isi dan penutup.
  • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan.
  • Isi2 syarahan perlu berdasarkan fakta2 yang tepat beserta contoh2 yang relevan.
  • Isi2 utama pula perlu disokong dengan isi2 sampingan.
  • Penggunaan tatabahasa yang betul serta gaya penyampaian yang penuh dengan keyakinan.

5. Pantun
~ satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
~ rangkap2 yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud.
~ ia menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut.
~ kesinambungan bunyi di hujung setiap baris.
~ ia terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun.
~ gaya bahasa yang berbunga2 dan keindahan persekitaran turut diselitkan.

6. Sajak
~ satu bentuk puisi lisan moden.
~ ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
~ ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
~ gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur2. 
~ penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna 
dan irama.

7. Ceramah
~ ceramah merupakan pengemukaan fikiran / idea2 melalui perucapan dan 
disampaikan secara syarahan dua hala.
~ penceramah akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau 
maklumat yang disampaikan.


Saturday, 17 September 2011

ISL MINGGU 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA (PROJEK DAN KERTAS KERJA)

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Pengenalan

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

"Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).


Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
2. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

Ciri-ciri Penilaian Projek
a. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
b. Jangka masa yang panjang
c. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
d. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
e. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
f. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
g. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
h. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
i. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
j. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.


Jenis-jenis penilaian Projek

1. Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.


Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

ISL MINGGU 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA (KONTRAK PEMBELAJARAN DAN SOAL JAWAB)

PENILAIAN KONTRAK PEMBELAJARAN

Pengenalan

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

Cara Pelaksanaan

1. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

2. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

3. Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.

4. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh
guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

5. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.

6. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod,
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

a. Penilaian objektif tugasan
b. Hasil Pembelajaran
c. Penilaian
d. Format / Bentuk

Format Kontrak Pembelajaran

Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.





Penilaian Melalui Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Cara Pelaksanaan

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

ISL MINGGU 6: KAEDAH PENILAIAN BAHASA (PORTFOLIO DAN PEMERHATIAN)

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Dalam menilai pengajaran bahasa, terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu:
1. Penilaian Melalui Portfolio
2. Penilaian Melalui Pemerhatian

PENILAIAN PORTFOLIO

Pengenalan

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Tujuan Portfolio

Sesebuah portfolio diwujudkan adalah untuk:

1. Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.

2. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
secara sistematik.

3. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat
peribadi.

Kegunaan Portfolio
1. Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
2. Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
3. Menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
4. Menilai secara sumatif pembelajaran.
5. Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Ciri-ciri Portfolio

1. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

2. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.

3. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

4. Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

5. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara akti

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

1. Portfolio Kerja Harian
2. Portfolio Hasil Terbaik
3. Portfolio Dokumen

Bagaimana Menilai Portfolio?

1. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

2. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf

3. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

4. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

a. Sesebuah portfolio mengandungi:
b. Senarai semak yang disediakan oleh guru
c. Nota-nota yang disediakan oleh guru
d. Catatan jurnal
e. Buku log
f. Refleksi kendiri murid
g. Gambar dan foto

Kebaikan Penilaian Portfolio
1. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
2. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
3. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
4. Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.



PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.

Jenis Pemerhatian

Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
1. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
2. Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
3. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.

Strategi Pemerhatian

1. Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
2. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
3. Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
3. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
a. Kualiti Pemerhatian
b. Bentuk Perancangan
c. Jenis-jenis Pemerhatian


Fungsi Pemerhatian
1. Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
2. Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
3. Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

Rumusan.

Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.

ISL MINGGU 5: JENIS PENILAIAN BAHASA

Terdapat tiga jenis penilaian bahasa dalam sistem pendidikan masa kini. Berikut adalah jenis penilaian bahasa:

1. Ujian Formatif dan Sumatif
2. Ujian Kefasihan dan Kemajuan
3. Ujian Bakat dan Pencapaian

Ujian Formatif dan Sumatif

1.1 Ujian Formatif

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

1.2 Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diujian.

Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif




UJIAN KEFASIHAN

Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.

UJIAN KEMAJUAN

Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.


UJIAN BAKAT

Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian ini biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

UJIAN PENCAPAIAN

Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

ISL MINGGU 4:PEMBINAAN UJIAN

Pendahuluan

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan
ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar
dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk
memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.

Jenis-jenis Ujian
1. Ujian objektif
2. Ujian subjektif.

Ujian Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item
jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Pembinaan Ujian Objektif

Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudahturun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan
A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif Pancaindera
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan
D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi

Item Jenis Cantuman

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.



Soalan Subjektif


Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
1. Item Jenis Struktur
2. Item Jenis Esei
3. Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)

a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan

ii.Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang
diuji.


Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah
objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan
seterusnya aras ujian itu sendiri.

ISL MINGGU 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian

DEFINISI

JSU merupakan instrumen yang akan menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
• Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
• Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
• Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
• Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
• Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
• Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:
• Bentuk dan panjangnya ujian
• Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
• JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
• Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
• Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
• Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
• Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
• Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Thursday, 21 July 2011

ISL MINGGU 2: TAKSONOMI BLOOM

TAKSONOMI BLOOM


Bidang ini merupakan satu rangka tugas untuk menentukan peringkat atau taraf pelakuan akhir yang hendak dicapai. Bidang ini adalah bidang mengenaipengetahuan seperti mengenai fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. Bidang ini sangat-sangat dititikberatkan di sekolah-sekolah dan hampir semuapengajaran guru berpusat di bidang ini.
Bidang kognitif ini dibahagikan kepada 6 peringkat kemahiran dan biasanya aras kemahiran-kemahiran tersebut dibentangkan dalam bentuk piramid yangmelambangkan bahawa kemahiran-kemahiran di atas meliputi kesemua kemahiran yang terdapat di bawahnya.
Penentuan aras-aras kemahiran untuk diuji bergantung kepada mata-mata pelajaran, tajuk-tajuknya dan peringkat pelajar-pelajar. Pada amnya, bolehdikatakan bahawa aras kemahiran pengetahuan dan kefahaman adalah lebih ditekankan pada peringkat sekolah rendah, manakala di sekolah-sekolah menengah penggunaan dan penganalisaan memainkan peranan yang lebih besar. Pada peringkat maktab perguruan, selain daripada aplikasi dan analisis, aras sintesis dan penilaian adalah ditekankan juga. Pada prinsipnya, untuk mencapai dan menguasai kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi, kemahiran asas atau kemahiran sebelumnya perlulah dibina dahulu.

PENGETAHUAN
Peringkat pengetahuan adalah peringkat yang rendah sekali. la meliputi proses mengingat semula perkara-perkara khusus dan umum, mengingati semua kaedah-kaedah dan proses atau mengingat semula pola-pola, struktur atau keadaan yang telah dipelajari dan dialami. Peringkat ini memerlukan pelajar-pelajar mengingat balik perkara-perkara yang telah dipelajari.
Berikut diperlihatkan jenis-jenis pengetahuan yang terangkum dalam aras kemahiran tersebut:
(a) Pengetahuan khusus: Pengetahuan ini berkait dengan simbol-simbol khusus (perkataan dan bukan perkataan).
(b) Pengetahuan tentang fakta khusus: Pengetahuan ini melibatkan pengetahuan tentang tarikh, kejadian, watak, tempat, peristiwa, akibat dan sebagainya.
(c) Pengetahuan tentang konvensyen. Pengetahuan yang berkaitan dengan cara-cara lazim mengendalikan dan mengemukakan idea dan fenomena.
(d) Pengetahuan tentang arah perkembangan dan urutan perkembangan: Pengetahuan ini bersangkut-paut dengan proses, arah dan perkembanganfenomena dari segi masa.
(e) Pengetahuan tentang pengkelasan dan pembahagian: Pengetahuan berkenaan kelas, set, pembahagian dan penyusunan yang dianggap penting di dalam sesuatu bidang kajian, tujuan, hujah atau masalah.
(f) Pengetahuan tentang kriteria: Pengetahuan ini berkaitan dengan cara bagaimana fakta, prinsip dan perlakuan diuji atau dinilai.
(g) Pengetahuan tentang kaedah: Pengetahuan berkenaan berkait dengan kaedah penyelidikan, teknik dan aturcara yang digunakan dalam sesuatu bidang kajian dan juga yang digunakan dalam merisik sesuatu masalah dan fenomena.

KEFAHAMAN

Kefahaman telah diberi pengertian sebagai kebolehan memberi penghuraian atau makna kepada sesuatu perkara. Kebolehan ini mungkin merupakan kemampuan menukar bentuk sesuatu bahan pembelajaran daripada satu bentuk bertulis kepada bentuk angka, memberi ringkasan atau memberi anggaran untuk masa akan datang mengenai sesuatu perkara. la juga meliputi pengetahuan tentang apa yang dihubungkan dan dapat digunakan bahan atau idea yang dihubungkan itu tanpa mengaitkannya kepada bahan-bahan lain atau melihatimplikasi sepenuhnya.
Peringkat kefahaman adalah satu tahap yang tinggi sedikit daripada tahap mengetahui (pengetahuan) tentang sesuatu. Tahap ini adalah peringkat yang paling rendah bagi kefahaman jika dibandingkan dengan jenis pemahaman pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi.
Peringkat kefahaman terbahagi kepada tiga:
(a) Peringkat penterjemahan
Kefahaman sedemikian bermaksud kefahaman daripada ketelitian dan ketepatan sesuatu perhubungan itu dirumuskan atau diubah perantaraan perhubungan itu ke dalam perantaraan yang lain.
(b) Peringkat pentafsiran
la berfungsi menerangkan atau meringkaskan sesuatu perhubungan.
(c) Peringkat ekstrapolasi
Kefahaman begini melanjutkan aliran perkembangan atau kecenderungan lebih daripada data yang diberi untuk menentukan implikasinya, akibatnya, kesannya dan sebagainya bersesuaian dengan keadaan yang dihuraikan di dalam perhubungan asal itu.
APLIKASI
Aplikasi bermaksud kebolehan menggunakan perkara-perkara yang telah dipelajari dalam keadaan yang baru dan berlainan. Penggunaan idea-idea ini mungkin di dalam situasi tertentu atau situasi sebenar. Kebolehan ini merupakan kemampuan menggunakan petua-petua, kaedah-kaedah, konsep-konsep, prinsip-prinsip, aturan-aturan dan teori-teori dalam situasi baharu dan yang berlainan daripada yang telah dipelajari. Peringkat ini memerlukan kefahaman yang lebih tinggi dan mendalam.

ANALISIS

Analisis adalah kebolehan memecah-mecahkan perkara-perkara yang telah dipelajari itu kepada bahagian-bahagiannya yang tertentu supaya susunan dan perkaitan bahagian-bahagian tadi senang difahami. Dalam erti kat yang lain, analisis bereerti mencerakin sesuatu perhubungan kepada elemen-elemennya atau bahagian-bahagiannya sehingga susunan idea-idea di dalamnya menjadi jelas dan nyata. Kebolehan yang diperlukan di sini termasuklah kebolehan memecah-mecahkan,menganalisis kaitan di antara pecahan-pecahan dan mengesan susunan prinsip-prinsip pecahan-pecahan yang terlibat. Peringkat analisa ini adalah lebih tinggidaripada peringkat aplikasi dan kefahaman kerana kebolehan menganalisa memerlukan kefahaman isi, aplikasi dan juga penyusunan pecahan-pecahan kepada satu struktur supaya mudah difahami.
Ada tiga jenis analisis yang biasa digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa:
(a) Analisis elemen
Analisis ini adalah mengenai elemen-elemen yang dimasukkan di dalam sesuatu perhubungan.
(b) Analisis berkaitan
Ini melibatkan perkaitan dan interaksi di antara elemen-elemen dengan bahagian-bahagian perhubungan itu.
(c) Analisis organisasi, prinsip
Analisis cara ini menekankan organisasi, susunan bersistem dan struktur yang menyatukan perhubungan itu. Ini meliputi asas, susunan yang perlu dan ciri-ciri yang mewujudkan perhubungan itu sebagai satu unit.

SINTESIS

Sintesis adalah kebolehan menggabungkan pecahan-pecahan kecil kepada satu bahagian yang lebih besar dan yang baharu. Ini bermakna ia menyatukan elemen-elemen atau bahagian-bahagian itu hingga menjadi satu bentuk yang lengkap. Kebolehan ini diperlihatkan dalam karya-karya baharu, rancangan-rancangan penyelidikan dan skim mengatur maklumat. Kebolehan pada peringkat sintesis ini memerlukan tingkah laku yang kreatif untuk membentuk satu corak atau struktur yang terbaharu daripada unsur-uns.ur yang lama.
Tiga jenis sintesis yang harus diketahui ialah seperti berikut:
(a) Penghasilan suatu perhubungan yang unggul
Ini dimaksudkan menghasilkan satu perhubungan di mana seseorang itu cuba menyampaikan idea, perasaan atau pengalamannya kepada seseorang lain.
(b) Penghasilan satu pelan atau mencadangkan satu set tindakan
Sintesis ini bermaksud menghasilkan satu pelan kerja atau mencadangkan satu pelan tindakan.
(c) Penghasilan satu set hubungan mujarad
Ini bermaksud menghasilkan satu set hubungan mujarad sama ada untuk mengkelas atau menerangkan sesuatu data atau fenomena atau menghasilkan satu set cadangan daripada cadangan asas atau daripada simbol-simbol.

PENILAIAN
Penilaian adalah berkenaan dengan kebolehan menghasilkan atau menimbangkan nilai sesuatu bahan sama ada ia berupa kenyataan, pendapat, novel, puisi ataulaporan penyelidikan untuk sesuatu tujuan tertentu. Pertimbangan yang dilakukan adalah didasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu seperti organisasi, kegunaan dan kebaikan. Kebolehan menilai adalah peringkat pembelajaran yang tertinggi dalam bidang kognitif kerana pemikiran menilai hanya boleh berlaku sekiranyakebolehan-kebolehan di peringkat bawah yang lain telah sedia diperoleh. Di samping itu, kebolehan memberi pendapat atau pertimbangan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu harus juga sedia ada supaya murid-murid dapat membuat penilaian.
Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, guru-guru harus menekankan pengajaran dan pembelajaran pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat pengetahuan. Dengan cara ini murid-murid harus diberi latihan tugasan dan ujian yang mencerminkan bukan sahaja kebolehan kefahaman,tetapi juga aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. Kebolehan-kebolehan pada peringkat-peringkat kognitif yang lebih tinggi adalah lebih kekal, lebih bermakna dan lebih member! manfaat. Ringkasan mengajar guru hendaklah menitikberatkan kebolehan-kebolehan yang lebih tinggi dan dengan itu objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar haruslah jangan dihadkan kepada hal-hal sepertiperkara-perkara yang hanya memerlukan kemahiran ingatan kembali. Sebaik-baiknya objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar itu hendaklahmengutamakan peringkat aplikasi yang membolehkan murid-murid menggunakan perkara yang telah dipelajarinya itu untuk mengatasi masalah atau untuk membentuk pengalaman-pengalaman baharu.