SELAMAT DATANG

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM,
SUNGAI PETANI, KEDAH.

Saturday, 17 September 2011

ISL MINGGU 6: KAEDAH PENILAIAN BAHASA (PORTFOLIO DAN PEMERHATIAN)

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Dalam menilai pengajaran bahasa, terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu:
1. Penilaian Melalui Portfolio
2. Penilaian Melalui Pemerhatian

PENILAIAN PORTFOLIO

Pengenalan

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Tujuan Portfolio

Sesebuah portfolio diwujudkan adalah untuk:

1. Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.

2. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
secara sistematik.

3. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat
peribadi.

Kegunaan Portfolio
1. Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
2. Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
3. Menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
4. Menilai secara sumatif pembelajaran.
5. Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Ciri-ciri Portfolio

1. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

2. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.

3. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

4. Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

5. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara akti

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

1. Portfolio Kerja Harian
2. Portfolio Hasil Terbaik
3. Portfolio Dokumen

Bagaimana Menilai Portfolio?

1. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

2. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf

3. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

4. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

a. Sesebuah portfolio mengandungi:
b. Senarai semak yang disediakan oleh guru
c. Nota-nota yang disediakan oleh guru
d. Catatan jurnal
e. Buku log
f. Refleksi kendiri murid
g. Gambar dan foto

Kebaikan Penilaian Portfolio
1. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
2. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
3. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
4. Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.



PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.

Jenis Pemerhatian

Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
1. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
2. Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
3. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.

Strategi Pemerhatian

1. Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
2. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
3. Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
3. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
a. Kualiti Pemerhatian
b. Bentuk Perancangan
c. Jenis-jenis Pemerhatian


Fungsi Pemerhatian
1. Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
2. Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
3. Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

Rumusan.

Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.

No comments:

Post a Comment