SELAMAT DATANG

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM,
SUNGAI PETANI, KEDAH.

Thursday, 21 July 2011

ISL MINGGU 1 : KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

PENGERTIAN DAN KONSEP


KONSEP PENTAKSIRAN
  • Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi, meghurai, maklumat tentang pembelajaran sesorang bagi sesuatu tujuan.
DEFINISI PENTAKSIRAN
  • Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

TUJUAN PENTAKSIRAN
  1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
  2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
  3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
  4. . Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
  6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
KONSEP PENGUJIAN
  • Instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti sesuatu pembolehubah yang terdapat pada subjek.
KONSEP PENILAIAN
  • Terry D. TenBrink (1974:8) pula melah suatu proses nyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
  • Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
  • Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.
  • Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.

PERKAITAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN


No comments:

Post a Comment